Sunday 12 August 2012

15 Kata Kata Hikmah Saidina Ali [Bah. 1]

1. Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah berlapang dada .

2. Orang yang bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruah diri.

3. Orang yang paling jauh bermusafir ialah org yang sedang mencari seorang sahabat yang disukai.

4. Seseorang hamba itu begitu jauh dari Allah SWT apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.

5. Takutlah kamu daripada melakukan maksiat pada makhluk Allah SWT kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya .

6. Memberikan hujjah kepada si Jahil adalah mudah , pun begitu apa yang susah ialah bagi jahil tadi menerima dan memahami hujjah tersebut.

7. Letakkanlah rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang .

8. Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu . Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang sebegitu sahaja maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur dengan sia sia .

9. Orang yang paling jahil dari kalangan orang orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.

10. Orang yang paling dikasihimu adalah orang yang paling banyak membantumu . Sekiranya tiada yang sedemikian maka org yang paling dikasihimu ialah orang yang banyak dibantu olehmu. 

11. Menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar menghadapi kemiskinan adalah sifat redha dengan apa sahaja yang ada manakala sabar menghadapi kehinaan adalah sesuatu kelemahan. 

12. Sanggup menanggung kesusahan adalah kubur segala keaiban.

13. Berbuat baiklah kamu kpd keturunan orang lain nescaya keturunanmu terjaga.

14. Cabutlah kejahatan dari dada orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan daripada dadamu terlebih dahulu.

15. Menunaikan amanah adalah kunci rezeki .


Nantikan bahagian 2 Kata Kata Hikmat Saidina Ali .

Nota Pena Muslimin , untuk pertanyaan lanjut mengenai huraian kata kata hikmah Saidina Ali boleh tinggalkan di ruangan komen .

No comments: